aplikasikpm.gif
 

INFORMASI KPM
MUAT TURUN
KALENDAR
SUMBER DATA
KHIDMAT PELAJARAN
ICT
icon_arrow_sm.gif Pemberitahuan terkini
icon_arrow_sm.gif Berita terkini
icon_arrow_sm.gif Kenyataan Tender
icon_arrow_sm.gif Pekeliling
icon_arrow_sm.gif Dasar
icon_arrow_sm.gif Koleksi borang
icon_arrow_sm.gif Kalendar Program
icon_arrow_sm.gif Kalendar Sekolah 2009
icon_arrow_sm.gif Takwim Peperiksaan
icon_arrow_sm.gif Penyelidikan
icon_arrow_sm.gif Terbitan
icon_arrow_sm.gif Pautan Pendidikan
icon_arrow_sm.gif Prosedur khidmat
icon_arrow_sm.gif Soalan Lazim
icon_arrow_sm.gif Direktori sekolah
icon_arrow_sm.gif Kontrak ICT
icon_arrow_sm.gif Perolehan ICT
icon_arrow_sm.gif 

PELAJAR
PENDIDIK
IBUBAPA
icon_arrow_sm.gif Panduan Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan
icon_arrow_sm.gif Kehilangan Slip Keputusan MUET
icon_arrow_sm.gif Syarat Pendaftaran Peperiksaan SPM (U)
icon_arrow_sm.gif Syarat Pendaftaran Peperiksaan STAM
icon_arrow_sm.gif Syarat Pendaftaran Peperiksaan SPM
icon_arrow_sm.gif Urusan Pengambilan Bagi Calon-Calon Yang Memohon Untuk Dilantik Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS) Gred DG41 Setelah Tamat Program Pensiswazahan
icon_arrow_sm.gif Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Bagi Pengisian Jawatan-Jawatan Gred DG44, DG48 dan DG52 di Sekolah-sekolah yang Mempunyai Tingkatan 6 di bawah Anggaran Belanja Mengurus Tahun 2008 Kementerian Pelajaran Malaysia
icon_arrow_sm.gif Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang Telah Dilantik Sebagai PPPS Gred DG41
icon_arrow_sm.gif Permohonan Penempatan Semula PPPLD Di Bawah Program PKPG Dan Saluran Kedua / UPU KPM yang Tamat Pengajian Tahun 2008
icon_arrow_sm.gif Program Pemantauan & Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008–2010 (Fasa2)
icon_arrow_sm.gif Sekolah Rendah Kerajaan
icon_arrow_sm.gif Borang Permohonan Penempatan Murid Berkeperluan Khas - Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2008

TIPS ICT
Foxit Reader - Boleh Taip di Atas Fail PDF
Acrobat Reader sudah digunakan sejak sekian lama. Kadangkala anda perlu mengambil fail PDF daripada internet, tapak web, atau blog. Kebanyakan pengguna mungkin memilih perisian Adobe Reader yang popular dan percuma untuk membuka, menayang dan mencetak dokumen tersebut. Mungkin kerana saiznya, prestasi Adobe Reader agak perlahan apabila membuka fail-fail PDF, sedangkan pesaingnya Foxit Reader menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Adakah ada ketikanya anda diminta untuk mengisi borang tetapi fail tersebut berformat PDF? Mana boleh.... Kalau borang tu dari MSWord, bolehlah... Itulah jawapan yang kerap didengari oleh kita. Terasa juga ingin terus menaip teks di atas fail berformat PDF itu. Ada pula cadangan untuk tukarkan terlebih dahulu PDF ke Word. Bagaimana kalau ada table di borang tu? Takkah habis tunggang-langgang teks di borang tu nanti. Bolehkah kita terus menaip di atas borang PDF tersebut sepertimana kita menaip di dalam MSWord? Jawapannya BOLEH... Muat turun Foxit Reader. Klik di sini. Manual Pengguna juga disediakan. Klik di sini.


Tukar fail berformat PDF ke MS Word
Sudah tentu ada ketikanya anda mempunyai fail berformat PDF untuk diubah ke MS Word. Lazimnya, ramai yang menggunakan teknik "copy & paste". Anda tentu merunggut jika melibatkan banyak halaman untuk di ambil dari fail PDF ke MSWord anda. Bagaimana jika ada penyelesaian untuk ini? Adakah anda berminat? Kalau jawapannya "Ya", anda bolehlah muat turun perisian PERCUMA Free PDF to Word Doc Converter. Klik
di sini .

Buka Fail Office 2007 menggunakan Office 2003
Berapa kali anda berhadapan dengan situasi di mana, anda tidak dapat membuka fail dari Microsoft Office 2007? Seperti yang sedia maklum, Office 2007 menyimpan fail dalam format .docx, .pptx, .xlsx dan sebagainya. Format baru dari Office 2007 ini tidak dapat dibuka menggunakan Office 2003 ataupun versi Microsoft Office yang sebelumnya.
Bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh menggunakan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack bagi membuka fail dari Office 2007 menggunakan Office 2003, Office XP, ataupun Office 2000. Anda juga boleh mengubahsuai serta menyimpan fail tersebut dalam format asal, iaitu format Office 2007. Klik di sini untuk mendapatkan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack yang terbaru dari Microsoft.


Berikut merupakan pautan EMis Online terkini. Sila klik pada ikon EMis di bawah.

emis2.jpg

Pengkalan Iman taja RM2,400 Utusan Melayu Mingguan


  Wednesday 06 May 2009 - 13:17:32 | admin

pengkalaniman.jpgSUNGAI PETANI 4 Mei - Syarikat pembekal dan penyelenggaraan peralatan sekolah terkemuka di wilayah utara, Pengkalan Iman Sdn. Bhd., menaja akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Sisipan ADaP bernilai RM2,400 untuk diedarkan ke sembilan sekolah sekitar daerah ini.

Penajaan akhbar yang diterbitkan pada setiap Isnin itu adalah kali pertama dilakukan oleh syarikat terbabit.
Pengarah Urusan Pengkalan Iman Sdn. Bhd., Munif Mansor berkata, penajaan akhbar tulisan jawi dibuat bagi membolehkan murid-murid sekolah menghayati dan mendalami warisan bangsa itu.

Katanya, Utusan Melayu Mingguan perlu terus dihidupkan dan dikekalkan penggunaannya kerana ia adalah warisan orang Melayu yang mempunyai banyak jasa dan peranannya di kalangan rakyat negara ini.

"Selain menjalankan tugas dan tanggungjawab sosial korporat, kami juga ingin memastikan anak-anak dididik mencintai serta menghayati tulisan jawi," katanya

[ Baca lagi ... ]


PPD KUALA MUDA/YAN JOHAN OLAHRAGA MSSK KALI KE-50


  Sunday 05 April 2009 - 11:36:46 | admin

thumb_olahraga1.jpgTahniah kepada kontinjen Olahraga PPD Kuala Muda/Yan yang telah menjadi johan keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSK Kali ke-50 yang telah diadakan di Universiti Utara Malaysia dari 1 hingga 4 April 2009. Dengan semangat kesukanan dan kekitaan yang tinggi pasukan Daerah KMY telah menggondol 17 Emas 13 Perak dan 9 Gangsa. Berikut adalah piala pusingan yang telah dimenangi;
1. Piala Pusingan Johan Keseluruhan - 17 Emas 13 Perak dan 9 Gangsa
2. Peserta Terbaik Kelas 2 Lelaki - Tan Wei Heng
3. Peserta Terbaik Kelas 2 Perempuan - Puteri Nur Liyana
4. Olahragawan MSSK - Tan Wei Heng
5. Olahragawati MSSK - Puteri Nur Liyana
6. Naib Johan Perbarisan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mencapai prestasi yang amat cemerlang ini. Harapan kami agar usaha murni tuan/puan mendapat keberkatan hendaknya.


KEJOHANAN PING PONG MSSM 2009


  Sunday 22 March 2009 - 12:46:22 | admin

Tahniah diucapkan kepada 3 orang pemain Daerah Kuala Muda/Yan yang begitu cemerlang beraksi di gelanggang MSSM Sabah pada 16 hingga 20 Mac 2009. Mereka adalah Mohd Asyraf (L15) dari SMK Yan, Lee Shi Hui (P18) dari SMK Batu 5, Jalan Jeniang, dan Lim Yi Wen (P12) dari SJKC Mah Wah, Padang Lembu. Pihak PPD Kuala Muda/Yan merakamkan syabas dan selamat maju jaya kepada anda bertiga yang terpilih menyertai kontijen Malaysia ke kejohanan antarabangsa nanti. Juga tahniah kepada jurulatih serta semua yang terlibat dalam menjayakan misi kecemerlangan sukan daerah KMY.


PEMBERITAHUAN


  Monday 23 February 2009 - 15:00:56 | admin

Adalah dimaklumkan bahawa Encik Mohd Zahir Bin Nasir telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan PPD Kuala Muda/Yan berkuatkuasa 1 Februari 2009. Sekiranya terdapat sebarang urusan berkaitan dengan tugasan perhubungan, sila hubungi pegawai berkenaan di talian 019-5459323.  E-mel: pkhas.koko.ppdkmy@gmail.com 

Juga dimaklumkan bahawa Encik Mansor bin Shahbudin telah dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Aduan PPD Kuala Muda/Yan berkuatkuasa 1 Februari 2009. Sekiranya terdapat sebarang urusan berkaitan dengan aduan, sila hubungi pegawai berkenaan di talian 012-4768094. E-mel: pkkgsk.ppdkmy@gmail.com


UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


  Saturday 21 February 2009 - 21:45:14 | admin

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua,Guru Besar dan seluruh warga sekolah yang terlibat menjayakan Majlis Pelancaran Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2009 di SMK Batu 5 pada 19 Februari 2009.Tahniah...kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat membanggakan semua pihak,moga kerjasama seumpama ini akan diteruskan dimasa-masa akan datang. Sekian,terima kasih.
Submitted by ABD HALIM BIN ZAINOL ABIDIN


Go to page       >>