Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/YanPejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan merangkumi dua daerah pentadbiran iaitu Daerah Kuala Muda dan Daerah Yan. Daerah Kuala Muda meliputi kawasan seluas 906.76 km persegi manakala Daerah Yan pula merangkumi kawasan seluas 246.02 km persegi.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan telah diwujudkan pada 1 Januari 1982 dengan menggunakan bangunan lama di Jalan Petani, Sungai Petani dan disokong oleh 13 orang kakitangan. Kemudian pejabat berpindah ke kawasan SK Sungai Petani, Jalan Sekerat pada 1 November 1982. Seramai 30 orang kakitangan bertugas sepenuh masa di pejabat itu.
Pada 2003 pejabat telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang iaitu di Jalan Badlishah, Sungai Petani bersebelahan dengan SMS Sultan Mohamad Jiwa dan Wisma Ria. Bangunan terbaharu setinggi 4 tingkat telah mula beroperasi tanggal 1 Disember 2011. Kini jumlah pegawai dan anggota kumpulan sokongan adalah seramai 70 orang.










