Welcome
Username:

Password:


Remember me

[ ]
PROFIL PRESTASI KERJA (PPK)
Profil ini mengandungi 20 pernyataan bagi mengukur tahap prestasi kerja anda. Jawapan yang dikehendaki hanya menunjukkan darjah persetujuan anda dan tidak ada jawapan BETUL atau SALAH. Anda diharap menjawab dengan ikhlas dan jujur bagi setiap pernyataan. Jawapan yang diberi hendaklah secara spontan dan secepat mungkin tanpa perlu memikirkan secara khusus jawapannya. Jawapan anda hendaklah merupakan apa-apa yang sebenarnya anda laksanakan dan bukannya apa-apa yang sepatutnya anda lakukan. Masa maksimum yang diberikan untuk menjawab profil ini ialah 15 minit.
Image: http://ppdkmy.net/form/e107_images/custom/survey.jpg
* Sekolah
* Kategori sekolah
* Jantina  Lelaki
 Perempuan
* No. Kad Pengenalan (cth: 700702027677)
* Umur
* Kaum
* Kumpulan Jawatan
* Gred Jawatan
* Pejabat
>> Sila gunakan skala berikut untuk menunjukkan darjah persetujuan atau sebaliknya bagi setiap pernyataan dalam Borang PPK. 5 (Sangat Benar) 4 (Benar) 3 (Tidak Benar) 2 (Sangat Tidak Benar) 1 (Tidak Pasti)
* 1. Kuantiti hasil kerja yang saya lakukan seperti bilangan, kadar dan kekerapan melebihi sasaran kuantiti kerja yang ditetapkan
* 2. Kualiti hasil kerja saya sempurna, teratur dan kemas
* 3. Saya benar-benar melakukan usaha dan inisiatif terbaik untuk memastikan kualiti hasil kerja saya sempurna
* 4. Saya berkebolehan menghasilkan kerja atau melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang ditetapkan
* 5. Hasil kerja saya amat berkesan dan memenuhi kehendak Ketua Jabatan dan organisasi
* 6. Saya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sangat luas dalam bidang tugas yang dilakukan
* 7. Saya berkebolehan untuk mengenal pasti isu dan masalah dalam pekerjaan, menganalisis serta mengemukakan cadangan penyelesaian yang membina
* 8. Saya berkebolehan untuk menghayati, melaksanakan dasar, peraturan, dan arahan pentadbiran berkaitan dengan bidang tugas yang dilakukan
* 9. Saya berkebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan, baik secara lisan mahupun tulisan
* 10. Saya berkebolehan untuk menghasilkan nilai tambah kepada proses dan penghasilan kerja yang lebih baik
* 11. Saya memiliki dan mempraktiskan nilai-nilai integriti seperti akauntabiliti, jujur, benar, amanah, telus, cekap dan bijaksana dalam setiap tindakan
* 12. Saya lebih mementingkan pencapaian organisasi daripada memenuhi kepentingan diri
* 13. Saya mempunyai ciri-ciri kepemimpinan dan penyeliaan seperti berwawasan, merancang, dan mengembleng sumber dalam kawalan saya dengan berkesan
* 14. Saya berpotensi untuk menggerak dan memberi dorongan kepada rakan sekerja ke arah pencapaian objektif organisasi
* 15. Saya seorang yang proaktif, kreatif dan berinovatif dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi
* 16. Saya berkebolehan untuk mengawal diri dari segi emosi, minda dan fizikal
* 17. Dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam, saya sentiasa bertindak secara profesional dan berhemah berdasarkan peraturan dan prosedur yang ditetapkan
* 18. Saya mempunyai ketahanan diri yang tinggi untuk menghadapi sebarang isu atau masalah dalam bidang pekerjaan semasa
* 19. Saya dapat bersabar melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai walaupun mengambil tempoh masa yang lama, melebihi waktu kerja rasmi
* 20. Saya berkebolehan untuk mewujudkan suasana hubungan dan kerjasama yang harmoni dalam organisasi serta boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan
* Ruangan bertanda ini wajib diisi
© 2006 Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, Jalan Badlishah 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Telefon: 604-4212370 Faks: 604-4235645

PENAFIAN:
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

l Dasar Privasi l Dasar Keselamatan l Notis l Hak Cipta l