FAQ

 FAQ #5
Back to list  Print this FAQ
KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
1. Kemasukan Tingkatan 1 di SMKA

* Ditawarkan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan dan permohonan secara bertulis kepada Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat.
* Syarat Kemasukan:

* Lulus UPSR, sama ada 5A atau 4A 1B atau 4A 1C atau 3A 2B.
* Menduduki ujian setara Akhir Tahun Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya pangkat “B” dalam Agama Islam.
* Terlibat dalam aktiviti kokurikulum.


2. Kemasukan Tingkatan 4 di SMKA


* Calon daripada Kelas Agama (KAA), Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS) dengan mengisi borang.
* Mendapat sekurang-kurangnya pangkat A dalam Pendidikan Islam, pangkat B dalam semua mata pelajaran lain dan Lulus Ujian PAFA dalam PMR.
* Kemasukan tertakluk kepada kekosongan.


3.Syarat Pengekalan Tingkatan 4 di SMKA

* Calon dari SMKA sahaja.
* Mendapat sekurang-kurangnya pangkat B dalam Pendidikan Islam, pangkat C dalam mata pelajaran lain termasuk Bahasa Arab dan Lulus Ujian PAFA PMR.
* Pangkat D dalam Bahasa Arab boleh dipertimbangkan jika ada kekosongan, manakala pangkat E dipertimbangkan jika ada kekosongan dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu.


4.Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Teknikal

* Calon daripada SMKA,KAA,SMAN,SMAR dan SMAS dengan mengisi borang.
* Mendapat sekurang-kurangnya pangkat A dalam 4 mata pelajaran Sains dan Matematik,pangkat B dalam 4 mata pelajaran yang lain.
* Lulus Ujian PAFA dalam PMR.
* Permohonan dimajukan terus ke Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia.


5. Kemasukan Tingkatan 6 di SMKA

* Lulus Sijil Pelajaran Malaysia tahun semasa.
* Memperolehi kepujian dalam bahasa Malaysia sekurang-kurangnya 6C
* Kepujian dalam Bahasa Arab Komunikasi sekurang-sekurangnya 6C atau lulus Bahasa Arab Tinggi.
* Lulus kedua-dua mata pelajaran Pendidikan Al-Quran, As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dengan salah satu mendapat sekurang-kurangnya 6C.
* Memperolehi 16 agregat tidak melebihi 16 mata pelajaran untuk tiga matapelajan.
* Umur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa.


6. Kemasukan Ke Kelas Aliran Agama(KAA)

* Tingkatan 1:
o Ditawarkan oleh pihak Pejabat Pendidikan daerah (PPD).
o Menggunakan syarat-syarat kemasukan yang sama seperti SMKA.
* Tingkatan 4:
o Ditawarkan oleh Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
Views3566